21/05/2012

Salam Takziah..Salam peringatan...Selamat Malam...Aksi Poco

Salam,

Saya akhiri kupasan akhir pada hari ini dengan kita mengingati Allah swt, Rasul-rasulnya, orang2 tersayang di sekeliling kita dan umat islam lainnya. Pada 21/5/2012 genaplah setahun pemergian arwah abang ipar (mengikut fakta fb kakak ipar) saya yang tak pernah saya ketemu. Serba sedikit tentang beliau dari mulut ahli keluarganya, beliau merupakan seorang anak, adik dan abang yang baik. Pemergiannya ditangisi dan dirindui ahli keluarga. Beliau merupakan penjaga juga seorang tenaga pengajar di pusat terbabit. Berita pemergiannya menggemparkan National News negara. Bukanlah kerana beliau orang yang popular, tetapi seorang yang zuhud, soleh & merendah diri. Pemergiannya ditemani anak-anak kecil yang soleh yang tidak memahami erti-erti kehidupan yang serba agresif ini. Begitu juga beliau. Beliau telah dikawal dari meninggalkan rumah terbabit sejak beliau terpisah dgn ahli keluarga lain. Meninjau kembali sekitar kejadian, seluruh negara digemparkan dengan kejadian tanah runtuh rumah Anak-anak Yatim di Hulu Langat pada tahun lepas. Kelurga arwah berada disana..mereka sangat kenal jemaah kumpulan ini. Persoalan yang mungkin rata2 disuarakan mereka yang hadir dihospital. Benarkah anak2 ini semuanya anak yatim? Mengapa waris yang terdiri dari ibu dan bapa yang berada di hospital?..Fikir2kan...

Baiklah, fokus utama saya bukan untuk mengingati dan merobek kisah yang berlaku. Semuanya adalah Qada' dan Qadar. tujuan saya adalah apa perkaitan kejadian tersebut dgn kematian mereka. Pada akal fikiran saya yang waras, kejadian itu merupakan suatu pembongkaran aktiviti penyelewengan buat Pengasas pusat terbabit yang bernama Juruzon Bin Abdul Latif @ Haji Ahmad Al-Walidie. Keluarga mertua saya pernah terlibat dgn mereka untuk mendalami agama. Namun, akibat dari tindak tanduk mereka yang serba serbi tidak kena menyebabkan keluarga mertua saya menarik diri dari terbabit dgn kumpulan ini. Mereka makan bersama, belajar bersama. Masakan tidak mengenali ahli jemaah kumpulan ini.

Buat apalah saya hendak bercerita panjang lagi...saya disini cuma berkongsi kesedihan..dan peringatan...takut2 tersalah bahasa pula..sila lihat pada link di bawah dan bacalah fatwa dari Mufti Selangor bertarikh 31 Jan 2012 yang meletakkan ajaran kumpulan ini sebagai sesat..dan bacalah aktiviti mereka...tidakkah anda bersedih nasib yang mungkin menimpa mereka semasa berada DI DALAM RUMAH TERSEBUT....Sekian.. Wassalam..

http://www.muftiselangor.gov.my/PortalFatwaSelangor/html/Download/Pewartaan/PewartaanFatwa2012/PewartaanFatwa2012(2).pdf

2 comments:

  1. Assalamualaikum wrh...
    Saya adalah salah seorang mangsa semasa kejadian tersebut. Gambar mangsa yang saudara paparkan diatas adalah saya.Terima kasih dengan peringatan saudara.
    Namun janganlah kami semua di hina dek masyarakat, perbetulkan kami apa yang salah. hantarlah cendikawan islam, para ustaz, para ulama untuk mengajar kami. Di lihat seluruh menggembar gemburkan yang kami adalah salah. Jadi dimanakah Islam yang sebenar?
    Saya yang bertanggungjawab mendidik anak-anak ini bersolat, mengaji, fardhu ain dan adab dan akhlak. Semuanya saya berpandukan kitab KAFA yang diberikan oleh guru KAFA sendiri.
    Bolehkah saudara datang dan perhatikan dan perbetulkan apa sahaja kesalahan kami.
    Janganlah hanya mencari kesalahan dengan hanya mendengar cerita dari pihak orang lain.
    Kami sekarang yang telah berpindah kerumah yang baru, dengan identiti yang baru, menagih simpati dari saudara khususnya dan masyarakat amnya untuk bersama-sama membantu kami dalam mendidik anak-anak yatim dan hidayah di sini.
    Ya memang ada di kalangan anak-anak disini mempunyai ibu bapa, kerana terdapat 3 golongan anak-anak yang dididik disini.
    1. Anak yatim dan yatim piatu
    2. Anak hidayah iaitu anak fakir miskin, anak yang bermasalah, anak-anak yang terbiar dan anak fakir akhlak(anak luar nikah)
    3. Anak-anak yang dihantar oleh ibu bapa mereka pada hujung minggu untuk bersama-sama dengan anak yatim dan hidayah ini.
    Berkenaan pewartaan tentang ajaran sesat tersebut, adakah telah disiasat akan kami. Adakah bukti kesesatan kami. Yang kami nampak sekarang adalah kesalahan seorang tetapi kenapa seluruh kami dikata bersalah. Adakah adil.
    Kepada seluruh yang pembaca yang mahukan kepastian adakah salah atau benarnya kami, dijemput datang sendiri ke rumah kami, dan lihat sendiri.
    Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita siang dan malam. Amin....
    Irwan ..... RAYDHA HIJRAH, Hulu Langat.

    ReplyDelete
  2. salam pada En. Md Irwan..semoga Allah s.w.t sentiasa bersama orang yang benar..saya pasti En. juga antara orang2 mukmin yang baik..kalau tidak En. tidak akan berada disana...terima kasih kerana membaca post saya..sebenarnya saya tiada hak bersuara bagi pihak keluarga mertua berkenaan hal ini kerana tidak pernah berada disana..saya hanya post kerana begitu kasihankan arwah yang telah meninggal dunia dan bagaimana kisah hidup arwah..saya berharap En. Md irwan bersabar..saya juga berdoa pihak di luar sana dapat membantu..itu sahaja saya boleh kata...

    ReplyDelete