Minggu ini sahaja banyak aktivit serasa yang telah saya habisi. Semalam buat chocolate dan Samprit untuk kawan yang nak kahwin. No idea battery nak kong (saya memang lemah bab nak caj, rasa leceh tapi nak guna untuk ambik gambar) tapi tak ambik gambar..tak boleh nak upload..huhu..Esok pagi nak menghadiri Sesi Ceramah Dr Azizan Osman untuk tajuk Marketing Power..dekat Grand Bluewave Shah Alam, lepas tu ada kelas facial Mary Kay pulak. Balik nak buat Tart pulak..huhu..tapi hati seronok. Macam-macam saya belajar. Hari Rabu ke Taiping..rindu nak jumpa husband tercinta...tempat ketawa, tempat menangis, tempat bergurau senda dan tempat merajuk..lend me your shoulder Suamiku..hehe..mood gatal dah tiba..shuh2..okla..makanya kenala tinggal Poco dengan Mother & Father in Law. Dengar cerita Mama ke Indonesia jumpa Abah, mesti bawak sekali yang kecik2 tuh..huh..saya masih tak buat passport..dijemput sejuta kali poun masih ignorant..hati belum bersedia lagi la nak pergi Abah, Semoga mereka selamat pergi dan balik dan wish mereka selamat bercuti!..Selalu mimpi2 Poco, ini pula aktiviti Poco seusai Subuh...setiap pagi begini..sakit dado den dipijaknya..huh!
26/05/2012
Menjaga Solat seketika menjadi Raja Sehari
Kalau dilihat memang tidak mudah untuk pengantin menunaikan solat kerana apabila sudah bersolek, susah pula nak tanggal, lebih-lebih lagi kalau di dewan, makanya sahabat saya tadi bersama adiknya (perkahwinan 2 beradik serentak) telah menganjakkan waktu menyambut pengantin lelaki (uniknya..tiada majlis persandingan, pelamin dibuat untuk sesi bergambar) bagi membolehkan rombongan lelaki menunaikan solat zohor terlebih dahulu. Pengantin perempuan pula bersiap-siap mengangkat wudhuk sebelum mereka bersolek. Bayangkan, jam 11.30 mereka bersolek, jam 1 lebih menunaikan solat Zohor, dan ada pula sesi fotografi pada sebelah petang..Amazing!..bayangkan berapa lama mereka menjaga wudhuk..bagi saya ini satu perkara yang amat susah dilakukan. Namun, sahabat saya ini tidak menjadikan majlis tersebut sebagai halangan. Satu lagi perkara yang patut diamalkan, pengantin perempuan menunaikan solat sunat bersama suami sebaik akad nikah. Ini saya lihat pada majlis sahabat saya. Rasa nak menitis airmata.
Menjengah majlis perkahwinan yang biasa kita hadiri, berapa ramaikah pengantin yang tidak bersolat ketika majlis perkahwinan?
Tidaklah mahu menuduh, namun kita seakan memahami dan menerima bahawa ketika majlis perkahwinan susah nak solat. Seakan memberi kesedaran kepada saya betapa pentingnya menjaga solat (saya ni manusia lemah, byk membuat kesilapan, ini saya jadikan panduan buat diri saya dan orang lain). Berapa ramai pula saudara mara yang datang yang tidak dapat menunaikan solat (pada hemat saya mungkin tidak disediakan kemudahan ruang bersolat).
Maka tanyalah pada diri kita, Barakah kah perkahwinan tersebut? ...harap2 Allah s.wt ampuni segala dosa-dosa kita.
Maka dengan itu wahai bakal-bakal pengantin baru sekalian, dibawah saya tuliskan tips bagaimana memudahkan solat ketika majlis perkahwinan :
1) Berwudukla sebelum majlis perkahwinan dan menjaga air wudhuk tersebut sebaik mungkin.
2) Majlis dianjurkan dianjakkan selepas Zohor bagi membolehkan tetamu menunaikan solat dahulu (Kadang2 sahabat, jiran atau saudara mara suka melepak menunggu pengantin sampai di dewan, ada pula yang menunggu sampai hbs majlis, kalau dianjak, tidakla menggangu waktu solat)
3) Pesan kepada warga P.A system supaya menghormati Adzan yang berkumandang. Jangan pasang lagu terlalu kuat dan janganla pasang lagu yang mengghairahkan macam dangdut)
4) Sediakan ruang solat untuk tetamu yang jauh. Tunjukkan ruang tersebut atau letakkan penunjuk arah. Kalau boleh waktu zohor, anjurkan mereka bersolat terlebih dahulu sementara menunggu pengantin tiba.
5) Elakkan acara bersanding yang terlampau lama, sekadar pengantin bergambar. (Acara merenjis sebenarnya tidak patut diadakan namun kadangkala permintaan kelurga sukar dielakkan lebih2 lagi permintaan ibu dan ayah, dalam buku Aku Terima Nikahnya dari Ust. Hasrizal aka Saiful Islam, kadangkala permintaan tersebut tidak mengapa kerana permintaan dari bu bapa, maka jadilah kita generasi yang memulakan revolusi tidak mengadakan acara tersebut)
6) Carilah lokasi majlis yang berdekatan dengan Surau atau masjid.
7) Tulislah di kad jemputan ' Jemputan beragama Islam digalakkan bersolat sebelum menghadiri majlis'
23/05/2012
Fifi's Cookies & Tarts : Pembukaan Order untuk kuih raya
Haha..flashback iklan raya dolu2..iklan paling bawah..memang lawak bodoh..huh..Salam semua!!!...Syawal dah nak dekat..jangan lupa puasa ganti..jangan lupa menyambut kedatangan Ramadhan..dijangka 1 Ramadhan jatuh pada 21 Julai 2012 dan Syawal jatuh pada 19 Ogos 2012...hmm..x lama lagi tu..Maka dengan ini saya telah membuka order untuk raya 2012. Siapa2 yang berminat bolehla email atau call saya...Sekian..
Fifi's Cookies & Treats : Cara-cara nak buat Tart Nanas
Salam,
Dah buat jam dia kenala buat tart dia pulak..jam likat tu x boleh disapu kat roti..kalau boleh pun confirm kena hypertension toothache..huhu..hm.buat tart dia senang je...huhuhu...kalau dah suka..nothing can stop ME..or you...
Resepi Tart Nanas :
- 250 gm butter
- 50 gm ( 1/2 cawan ) gula
aising
- 1 sudu teh serbuk vanila
- 100 gm ( 1 cawan ) tepung
kastad
- 1 biji kuning telor
- 375 gm ( 3 1/2 cawan )
tepung gandum
- 1 biji telor
Cara-cara
- Panaskan oven ke 180 darjah selsius
- Pukul butter dengan gula
sehingga sebati kemudian masukan telur dan serbuk vanila dan pukul lagi
sehingga sebati.
- Masukan kedua2 tepung, uli
sehingga menjadi doh yang lembut. Kalau keras tambah sedikit lagi
butter dan kalau lembik tambah sedikit tepung gandum.
![]() |
| Bentuk Acuan Tart..Masukkan doh dalam acuan sampai penuh..pastikan ruang kosong dipenuhi..ni bukan acuan saya tapi bentuk sama..saya punya plastik.. |
![]() |
| Kemudian tekan guna kedua2 ibu jari..tgan yer bukan kaki..kehkeh..jadila panjg2 mcam ni..tapi sebelum letak inti saya suka potong permulaan doh tu..jadi bila dah gulung senang sikit.. |
![]() |
| inilah bentuknya selepas dah digulung...hah..mat pink ni rasa silikon punya..leh beli kat bagus yer..segala doh leh tibai atas nih.. |
![]() |
| Inilah Tart dah masuk dalam ketuhar |
![]() |
| Ini proses penyejukkan..supaya xla masuk dalam balang dia berwap.. |
Fifi's Cookies & Treats : Cara-cara membuat jam tart nanas
Salam All,
'today' was quite a day..huhu..tidak sempat mengupload gambar semalam..tau2 dah lena..'today' I made tart jam for tart nanas. Makan memang enak, sedap je masuk mulut..kunyah2 x smpai skali dah telan..masuk lagi dua tiga ketul..sebalang pun seminit boleh habis...nak buatnya..mmg la mkn masa dan rumit..xpela..korang xyah buat beli sajerla...hehe...jadi 'today' telah bertungkus lumus nak buat jam nanas...Apa dia jam tart nanas..semestinya jam yang membuatkan anda suka tart tersebut..kenapa mesti buat sendiri..sebabnya..anda boleh control rasa dia...nak manis ke nak kurang manis ke...anda boleh tentukan tekstur dia nak mcm mana..dan yang paling best..ia adalah cost saving..tapi nak warning awal2...buka sekejap nak buat jam nih..hampir memakan masa 4 jam la jgk..dan kenala kacau selalu..lebih2 lagi nak dekat kering..takut jadi nanas gula hangus.
Pada harga lebih kurang RM 9 anda dah boleh dapat jam tart satu bekas tupperware besar..kalau yang kat kedai tu jual...macam kat BAGUS x silap RM 9.80. Saiz dia 1/3 daripada yang saya dapat..nak nanas murah lagi pergi beli dekat pasar..saya punya beli kat HERO je...RM 1.80 sebiji..besar la jugak..x tau kilo brapa..namanya nanas Morris.kelas gitu. Bentuknya lebih membunjur dan lebih panjang dari nanas2 lain..ada nanas Sarawak..tapi sebiji ialah RM 2.40..ingredient yang laen tu semua biasa2 je..tapi merupakan pelengkap rasa..xde dia..x sedap la...Kat bawah ada gambar dari dekat bahan tersebut (pada siapa2 yang x reti masak tapi nak cuba), resepi dan cara-cara nak buat jam tart nanas...
4 Biji Nanas
20 biji bunga cengkih
5 helai daun pandan
4 1/2 cawan gula pasir
Sebatang Kulit Kayu Manis
Cara - cara nak buat :
1. Kupas Nanas (gambar kredits to x ingat sapa..yang pastinya saya lupa nak ambik gambar)
2. Sagat Nanas :
3) Masakkan atas api sederhana besar dan masukkan bahan2 :
'today' was quite a day..huhu..tidak sempat mengupload gambar semalam..tau2 dah lena..'today' I made tart jam for tart nanas. Makan memang enak, sedap je masuk mulut..kunyah2 x smpai skali dah telan..masuk lagi dua tiga ketul..sebalang pun seminit boleh habis...nak buatnya..mmg la mkn masa dan rumit..xpela..korang xyah buat beli sajerla...hehe...jadi 'today' telah bertungkus lumus nak buat jam nanas...Apa dia jam tart nanas..semestinya jam yang membuatkan anda suka tart tersebut..kenapa mesti buat sendiri..sebabnya..anda boleh control rasa dia...nak manis ke nak kurang manis ke...anda boleh tentukan tekstur dia nak mcm mana..dan yang paling best..ia adalah cost saving..tapi nak warning awal2...buka sekejap nak buat jam nih..hampir memakan masa 4 jam la jgk..dan kenala kacau selalu..lebih2 lagi nak dekat kering..takut jadi nanas gula hangus.
Pada harga lebih kurang RM 9 anda dah boleh dapat jam tart satu bekas tupperware besar..kalau yang kat kedai tu jual...macam kat BAGUS x silap RM 9.80. Saiz dia 1/3 daripada yang saya dapat..nak nanas murah lagi pergi beli dekat pasar..saya punya beli kat HERO je...RM 1.80 sebiji..besar la jugak..x tau kilo brapa..namanya nanas Morris.kelas gitu. Bentuknya lebih membunjur dan lebih panjang dari nanas2 lain..ada nanas Sarawak..tapi sebiji ialah RM 2.40..ingredient yang laen tu semua biasa2 je..tapi merupakan pelengkap rasa..xde dia..x sedap la...Kat bawah ada gambar dari dekat bahan tersebut (pada siapa2 yang x reti masak tapi nak cuba), resepi dan cara-cara nak buat jam tart nanas...
| Kulit Kayu Manis @ Cinnamon..beli dekat supermarket bahagian rempah2 kering..dah macam rokok gulung versi Cigar plak.. |
![]() |
| Bunga Cengkih ..beli dekat mana2 pasar raya bahagian rempah2 kering |
![]() |
| Nanas Morris |
4 Biji Nanas
20 biji bunga cengkih
5 helai daun pandan
4 1/2 cawan gula pasir
Sebatang Kulit Kayu Manis
Cara - cara nak buat :
1. Kupas Nanas (gambar kredits to x ingat sapa..yang pastinya saya lupa nak ambik gambar)
![]() |
| Potong rambut dan buntutnya..kehkeh.. |
![]() |
| saya biasanya akan potong tangkai kat atas tu..lepas to kupas kulitnya..jgn kupas macam mangga ye..kulit nanas keras sikit..jadi kupas sehingga hilang kulit hijaunya.. |
![]() |
| pandai dah..senang je..kalau x tau..tanyala mak, abah atau sapa yang anda tau biasa buat pajeri nanas..hehe..org nih mesti confirm tau..x pun tanya penjual buah berdekatan anda.. |
![]() |
| Hahah..lupa ambik gambar nanas dan sebab masa menyagat pun lupa ambik..ambik ending sagat jer ler... |
![]() |
| Basuh dulu bahan2 kering..maklumla...sebelum nak sampai kat tgn kita byk tgn yang sampai dulu.. |
![]() |
| Masukkan semua bahan2 tadi..senduk pun masuk..sebab nak kacau.. |
![]() |
| Bukak api sederhana besar je..jgn lupa sentiasa kacau..kang hangus...kita bukan buat sup yer.. |
![]() |
| Lepas bukak je api tu..letakla gula..dan kacau...nak letak gula awal2 pun boleh..ikut sukala.. |
![]() |
| Dah setengah jam kacau rasanya.. |
![]() |
| pengacau berbulu..takut nak tidur sorang2..tula kacau orang.. |
![]() |
| sibuk nak tengok orang buat apa.. |
![]() |
| hasilnya....likat..selepas 3 jam setengah..huhu... |
21/05/2012
May 2012 Promotion!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

































