Salam,
Saya akhiri kupasan akhir pada hari ini dengan kita mengingati Allah swt, Rasul-rasulnya, orang2 tersayang di sekeliling kita dan umat islam lainnya. Pada 21/5/2012 genaplah setahun pemergian arwah abang ipar (mengikut fakta fb kakak ipar) saya yang tak pernah saya ketemu. Serba sedikit tentang beliau dari mulut ahli keluarganya, beliau merupakan seorang anak, adik dan abang yang baik. Pemergiannya ditangisi dan dirindui ahli keluarga. Beliau merupakan penjaga juga seorang tenaga pengajar di pusat terbabit. Berita pemergiannya menggemparkan National News negara. Bukanlah kerana beliau orang yang popular, tetapi seorang yang zuhud, soleh & merendah diri. Pemergiannya ditemani anak-anak kecil yang soleh yang tidak memahami erti-erti kehidupan yang serba agresif ini. Begitu juga beliau. Beliau telah dikawal dari meninggalkan rumah terbabit sejak beliau terpisah dgn ahli keluarga lain. Meninjau kembali sekitar kejadian, seluruh negara digemparkan dengan kejadian tanah runtuh rumah Anak-anak Yatim di Hulu Langat pada tahun lepas. Kelurga arwah berada disana..mereka sangat kenal jemaah kumpulan ini. Persoalan yang mungkin rata2 disuarakan mereka yang hadir dihospital. Benarkah anak2 ini semuanya anak yatim? Mengapa waris yang terdiri dari ibu dan bapa yang berada di hospital?..Fikir2kan...
Baiklah, fokus utama saya bukan untuk mengingati dan merobek kisah yang berlaku. Semuanya adalah Qada' dan Qadar. tujuan saya adalah apa perkaitan kejadian tersebut dgn kematian mereka. Pada akal fikiran saya yang waras, kejadian itu merupakan suatu pembongkaran aktiviti penyelewengan buat Pengasas pusat terbabit yang bernama Juruzon Bin Abdul Latif @ Haji Ahmad Al-Walidie. Keluarga mertua saya pernah terlibat dgn mereka untuk mendalami agama. Namun, akibat dari tindak tanduk mereka yang serba serbi tidak kena menyebabkan keluarga mertua saya menarik diri dari terbabit dgn kumpulan ini. Mereka makan bersama, belajar bersama. Masakan tidak mengenali ahli jemaah kumpulan ini.

Buat apalah saya hendak bercerita panjang lagi...saya disini cuma berkongsi kesedihan..dan peringatan...takut2 tersalah bahasa pula..sila lihat pada link di bawah dan bacalah fatwa dari Mufti Selangor bertarikh 31 Jan 2012 yang meletakkan ajaran kumpulan ini sebagai sesat..dan bacalah aktiviti mereka...tidakkah anda bersedih nasib yang mungkin menimpa mereka semasa berada DI DALAM RUMAH TERSEBUT....Sekian.. Wassalam..
http://www.muftiselangor.gov.my/PortalFatwaSelangor/html/Download/Pewartaan/PewartaanFatwa2012/PewartaanFatwa2012(2).pdf